Demi masa…..

Sesungguhnya manusia dalam kerugian

Lalu teramat rugilah rasanya aku

Amalku sekelumit cuma

Sedang usia telah kuhabiskan sesuku abad


Ya Ilahi,

Apakah kan ku punya zuriat yang soleh?

Buat mendoakan rohku dan menghadiahkan Fatihah buatku nanti?

Sedang di zaman ini jarang terdapat anak-anak yang pandai mengaji


Demi masa yang terus berlalu

Akan adakah yang mengajarku kalimah Syahadah waktu rohku akan berlalu?

Atau adakah aku akan mati kesepian, bersendirian??


Ya Ilahi,

Akhir-akhir ini ku soal diriku

Pernahkah aku berpesan-pesan kepada kebenaran?

Dan pernahkah aku berpesan-pesan kepada kesabaran?

Malangnya tiada dapat ku jawab soalan itu

Kerana penilaian adalah di tanganMu!!



Taubat hanya akan diterima dengan syarat:


* Menghentikan maksiat.

* Menyesal atas perbuatan yang telah terlanjur.

* Berazam tidak akan mengulangi lagi perbuatan

yang salah.

* Taat kepada Allah dan menyelesaikan urusan

yang ada hubungan dengan manusia.