Yang bernama pendekar

bukan orang yang banyak menjatuhkan lawan tetapi

pendekar sejati ialah orang yang sanggup

menguasai dirinya ketika sedang marah.

(Sahih Muslim)


" bergaul rapatlah dengan orang yang baik

lagi berilmu, perhatikanlah kata-kata nasihatnya kerana

sesungguhnya sejuklah hati ini mendengari nasihatnya,

hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari

mutiara kata-katanya bagaikan tanah

yang subur lalu disirami air hujan"


"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu,

jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu."

(Imam Nawawi)


Memulakan langkah memang perit, bertatih, jatuh dan

bangun semula. Kadang-kadang tanpa tangan yang

menghulurkan bantuan. Terasa diri kembara sendirian,

mimpikan syurga idaman, sedangkan diri tidak tahan

dengan ujian. Kerdilnya diri bila menghitung

keringat yang gugur, titisan airmata kecewa.

Rupanya masih sedikit cinta dan kasih ini dipadu,

mekar dalam jambangan setia pada pejuangan islam


Satu hari nanti pasti kau kan diuji terhadap apa yang kau

perjuangkan,terasa lemah, sakit, penat, pedih, dan

sebagainya, ketika itu ingatlah yang paling

selesa untuk mengadu,bercerita,melainkan padaNya

yang tahu hati perasaan dan masalah diri kita, menangis,

bermunajatlah padaNya, luahkanlah segalanya,

bersujudlah kepadaNya,pasti kau kan temui

ketenangan dan kekuatan yang luar biasa hebat.


Sebutir airmata yang jatuh kerana keinsafan adalah lebih baik

daripada sejuta mutiara di lautan.

Sejernih wajah kerana wuduk yang sempurna adalah lebih

bercahaya daripada kilauan segunung permata.


Ya Allah… pejamkanlah mata sahabatku agar lena

dalam jagaMu, degupkanlah jatungnya agar suaranya

dalam pangkuanMu, tartilkan zikirnya agar

bicaranya dalam As-SamadMu,

gegarkan ikhtiarnya agar jawarihnya dalam QadarMu,

serta hanguskan hatinya agar hangat

dalam cintaMu,